KHASIAT
Dengan izin Allah, antara khasiatnya yang paling utama ialah:
- Mencerdaskan minda
- Menguatkan daya ingatan
- Menambahkan daya tenaga mental, emosi dan fizikal
- Menambahkan daya kreativiti dan inovasi
- Mewujudkan ketenangan fikiran
- Meningkatkan keyakinan diri dan tidak mudah berputus asa
- Mengurangkan stress, fobia, murung, berdebar-debar dan gugup
BAHAN-BAHAN
Za'faron
Zafaran adalah sejenis rempah ratus dari stigma bunga Zafaran (Crocus Sativus Linn), dari spesies keluarga Iridaceae. Ia merupakan herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan minda, pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak serta menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
Madu
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya antaranya menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar, membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas serta menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan
Kacang Soya
Pokok kacang soya yang berasal daripada spesies Glycine max dalam keluarga Leguminosae ini biasanya tumbuh rendang setinggi dua meter dan mengeluarkan bunga putih atau ungu. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Kandungan kolestrol yang rendah dalam makanan diproses daripada kacang soya membantu menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis
Pegaga
Nama saintifik bagi pegaga ialah Hydrocotyle asiatica Linn dan ia adalah daripada Famili Umbilliferae. Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering digunakan sebagai ulam. Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah, awet muda, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, merawat penyakit nyanyuk, melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.
Koko
Koko mengadungi anti-oksidan (flavonoids) yang tinggi, sama seperti yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan kopi.Oleh kerana kandungan flavonoidnya yang tinggi, koko berperanan untuk mengurangkan tekanan darah, memperbaiki peredaran darah, mengurangkan kandungan kolestrol yang "tidak baik" dan menambah kandungan kolestrol yang "baik".
Air Zam Zam
Air Zam Zam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kreatif, kaya, mulia, pandai, terhormat, membaiki akhlak dan lain-lain lagi. Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: "Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)."
Kismis
Kismis dihasilkan daripada buah anggur yang telah dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau haba kering. Ia mungkin agak manis namun ia mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan.
Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.
Susu Kuda
Pengambilan susu kuda liar secara berterusan didapati mampu mengawal dan mencegah sel-sel tubuh rosak dan dijangkiti kanser, demikian menurut satu kajian.
Di samping itu, ia berupaya melambatkan proses penuaan, menghindarkan tekanan serta penyakit berkaitan darah seperti denggi, kencing manis dan asma.
Biji Anggur
Biji anggur sudah terkenal sebagai bahan antioksida dan serat tinggi sehingga menjadi sumber tenaga yang menyegarkan dan mampu mencegah penuaan.
Ditambah dengan Vitamin C & E, disamping kandungan Beta-Carotena dan Selenium menjadikan produk ini lebih berkhasiat. Ia juga dapat meningkatkan penyaluran darah ke otak.

No comments:
Post a Comment