Wednesday, 10 April 2013

TRUE BEAUTY =)


                                 


Beauty. Setiap wanita pasti tak lepas dari  keinginan untuk selalu terlihat cantik. Namun apakah makna dari cantik itu sebenarnya?Kebanyakan orang menilai seseorang hanya dari segi luaran iaitu paras rupa. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai cantik bagi seseorang wanita? Mereka merasakan orang yang cantik ialah seseorang yang berkulit cerah, tiada jerawat ada body shape, tinggi dan sebagainya. Menurut buku Ensiklopedia kata-kata Al-Quran Al-Karim, kecantikan bermaksud keanggunan, kehalusan dan keelokkan. Ada juga yang mentafsirkan kecantikan sebagai hal yang indah yang dapat membuat seseorang suka dan mencintainya. Bagi saya, kecantikan terbahagi kepada dua iaitu luaran dan dalaman. Kecantikan luaran ialah kecantikan yang dapat dilihat dengan mata kasar manakala kecantikan dalaman ialah keperibadian diri. Akhlak yang baik memperlihatkan kecantikan dalaman seseorang.












SuRaT DaRi HaWa uNTuK aDaM


Assalamualaikum...

Entri SURAT DARI HAWA UNTUK ADAM ini di tulis atas permintaan seorang sahabat saya (Aiman Roshizam). Beliau mahu SURAT DARI HAWA UNTUK ADAM ini disebarkan untuk memberi kesedaran kepada kaum ADAM.Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyebarkan juga sangat dialu-alukan.


SURAT DARI HAWA UNTUK ADAM;


                        

                   

Ohh Adam...
Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok, jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha Suci ALLAH yang mentadkirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman. Itulah sebenarnya ketelitian ALLAH dalam urusan-NYA. Andai bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan dan berperang kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak akan selaraslah undang-undang ALLAH yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat pada satu waktu.

Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tetapi.. aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu, namun.. terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam al-Quran ada ayat yang menyatakan bahawa kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa berada dalam reda Tuhanku dan Tuhanmu.

Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya, ALLAH menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa sekalipun keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki hingga hujung rambut.

Namun... Realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang pada masa yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk sahaja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam... Marahkah dikau jika kukatakan seandainya Hawa terpesong, maka ADAM YANG PATUT TANGGUNG? Kenapa? Mengapa begitu wahai ADAM!? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tidak mendengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, tetapi pada hematku yang daif ini Adam, sebaiknya kau tanya pula pada dirimu, apakah didikanmu terhadapku selama ini sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh teladan terhadap kaum Hawa?
Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana engkaulah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, nescaya lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku berkelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering jua aku tergelincir ditolak serong oleh nafsu dan konco-konconya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah semangat jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih ALLAH.

Adam.. Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini bakal hancur tatkala kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......




jadi, itulah luahan hati kaum wanita buat kaum lelaki di dunia ini. semoga mendapat manfaat yang banyak (lebih-lebih lagi buat kaum Adam ) untuk menjadi pemimpin yang terbaik bagi kaum wanita dan juga sebagai khalifah terbaik di muka bumi ini.
Wallahu a'lam.

Saturday, 6 April 2013

TRUE LOVE is helping each other to attain JANNAH

                                         


Tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram. Namun begitu, perasaan cinta itu seharusnya dipelihara dan tidak perlu diluahkan sebelum tiba masanya. TIBA MASANYA yang dimaksudkan adalah dimana mereka itu sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. 

"Ya Allah, Bila ini bukan masanya..
Bila ini bukan saatnya...
Maka jarakkanlah kami..
Pisahkanlah kami...
Agar kami jauh dari dosa dan perkara yang sia-sia..
Agar kami tak mengundag murkamu,
Temukan kami dengan cinta yang diredhaiMU"

Berkawan adalah lebih baik. Kebiasaanya bersahabat akan bertahan lebih lama dan kekal tetapi jika bercinta "BERCOUPLE" kalau bergadu atau "CLASH" kadangkala boleh memutustuskan ukhwah. Jika kita mencintai seseorang, berdoalah "andai (nama penuh) jodoh terbaik untukku, maka perihalah hatinya untukku dan peliharanlah hatuki untuknya, tetapi jika  (nama penuh) bukan jodoh terbaik untukku, maka jauhkanlah hati kami" Semoga ALLAH akan menjaga hati kita dan juga jodoh kita itu.

Fenomena yang sering berlaku sekarang ialah bila putus cinta masuk FACEBOOK,
putus kawan masuk TWITTER,
putus harapan masuk YOUTUBE...
kalau dah banyak sangat masalah, kenapa tak masuk MASJID?
bukankah masjid adalah RUMAH ALLAH?
Allah akan sentiasa berada disisi hambanya

Janganlah kita menangis ditinggalkan kekasih, tetatpi tangisilah bagaimana penilaian ALLAH terhadap kita semalam, harini dan masa-masa akan datang

Jadilah sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak AKHLAK MULIA. Harum wanginya denhan ILMU AGAMA. Cantik kerana IMAN dan TAQWA

Get close to ALLAH FIRST before  getting close to anyone else, Allah without a man is STILL ALLAH , but a man without Allah is nothing.


Lelaki tidak mudah digoda syaitan tetapi perempuan sangat mudah digoda syaitan dan lelaki sangat mudah tergoda dengan perempuan


Surat dari Hawa untuk Adam:

Assalamualaikum,
My dear 'Adam',
You don't have to drive any BMW or Skyline to be gorgeous. You don't have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al-Quran Kareem. That's how I would melt. You don't have to be rich for me to love you. Sincerely, Your love, 'Hawa'.