Saturday, 22 February 2014

TAUBAT YANG TIDAK BERSEMBUNYI


Apabila seseorang muslim melakukan maksiat dan dosa, maka sudah tentu dia akan bertaubat dan menyesal akan perbuatan dosanya itu. Namun, ramai juga yang telah bertaubat tapi kembali melakukan maksiat semula. Mereka merasa yakin bahawa Allah Maha pengampun akan mengampuni mereka. Jadi, dengan keyakinan mereka itulah yang mendorong mereka untuk kembali melakukan maksiat lagi.

   Ya, memang Allah Maha Pengampun. Tetapi itu tidak bermakna kita boleh melakukan dosa berulang-ulang kali dengan sesukan hati. Ia bagai mempermainkan hukum Allah. Bukan ampunann Allah yang bakal diterima, tetapi mungkin laknat-Nya dan dosa-dosa yang semakin bertambah.

   Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 160 yang bermaksud:
"Kecuali mereka yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka mereka itulah yang Aku terima taubatnya dan Aku-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang".

Para ulama telah merumuskan terdapat 10 perkara yang harus dilakukan agar dosa kita diampuni Allah s.w.t iaitu :

* Lidahnya sentiasa beristighfar

* Hatinya menyesali dosa yang dilakukan 

* Meninggalkan segala perbuatan dosa 

* Berazam tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut..

* Mencintai dan mengutamakan akhirat..

* Tidak cinta pada dunia..

* Bersungguh sungguh dalam menuntut ilmu dan beribadah..

* Berkata kata hanya yang perlu sahaja..

* Makan mengikut keperluan...

* Sedikit tidurnya...

Sebagai seorang awam, agak sukar dan tidak mudah bagi kita untuk melakukan kesemua perkara  ini. Tetapi sebenarnya ia boleh dilakukan sekiranya kita memiliki keinginan yang bersungguh-sungguh untuk bertaubat. Ia tidak memerlukan modal yang banyak, hanya berbekalkan tekad dan azam yang kuat serta dapat menahan diri daripada sebarang godaan syaitan.

sumber: Gen Q isu 02

No comments: