
Ibu bapa merupakan orang yang telah banyak berjasa kepada kita. Oleh itu, Islam mengajar umatnya agar berbuat baik serta menghormati kedua orang tua kita. segala jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat berharga dan tidak ternilai dengan mata wang. Mereka telah mencurahkan kasih kasang kepada kita sejak kita berada di alam rahim sehinggalah dewasa. Seorang ibu sanggup mengorbankan nyawanya sendiri demi melahirkan anak tercintanya ke muka bumi ini.
Marilah kita merenung kembali segala jasa dan pengorbanan ibu bapa kita sejak kecil sehingga kini. Semasa kecil, ibu lah yang memandikan kita, membasuhkan najis, menyuapkan kita makan, basuh baju kita, menghantar kesekolah dan sebagainya. Bapa pula yang bertanggungjawab mencari nafkah untuk memberikan kita sesuap nasi. Mereka sanggup membanting tulang demi membesarkan kita dan melihat kita menjadi insan yang berguna di kemudian hari.
Mungkin ada antara kita yang telah kehilangan ibu bapa buat selama-lamanya. Sebagai seorang anak, kita haruslah mendoakan kedua orang tua kita agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Bagi mereka yang masih mempunyai kedua ibu bapa di sisi, gunalah masa yang tersisa ini untuk membalas jasa mereka. Mungkin pada waktu ini, ibu bapa berada jauh di kampung sana. Sebagai seorang anak kita haruslah menziarahi mereka. Nilai kasih sayang seorang ibu tidak dapat dinilai dengan emas dan perak. Kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya. Perasaan rindu seorang ibu terhadap anak-anaknya tidak pernah hilang walaupun sesaat. Kadangkala seorang ibu tidak lalu makan, tidak dapat melelapkan matanya kerana terlalu merindukan anak-anaknya. Air mata berlinangan membasahi pipinya kerana teringatkan anak-anaknya. Gunalah masa yang ada untuk berbakti dan mencurahkan ksih sayang kepada mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Pada ketika itu nanti, tangisan air mata darah sekali tidk akan dapat mengembalikan mereka ke sisi kita.

Akhir kata, zahirkanlah kasih sayang kepada ibu bapa pada setiap masa. Gembirakanlah serta carilah keredhaannya kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa. Sayangilah ibu bapa kita sebagaimana mereka menyayangi kita. Kejayaan seorang anak adalah atas jasa ibu dan bapa. Tanpa ibu bapa, siapalah kita.
Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya:“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”
Firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24)
Firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 24:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah al-Israa’:24)

No comments:
Post a Comment