TRUE BEAUTY =)

Beauty. Setiap wanita pasti tak lepas dari keinginan untuk selalu terlihat cantik. Namun apakah makna dari cantik itu sebenarnya?Kebanyakan orang menilai seseorang hanya dari segi luaran iaitu paras rupa. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai cantik bagi seseorang wanita? Mereka merasakan orang yang cantik ialah seseorang yang berkulit cerah, tiada jerawat ada body shape, tinggi dan sebagainya. Menurut buku Ensiklopedia kata-kata Al-Quran Al-Karim, kecantikan bermaksud keanggunan, kehalusan dan keelokkan. Ada juga yang mentafsirkan kecantikan sebagai hal yang indah yang dapat membuat seseorang suka dan mencintainya. Bagi saya, kecantikan terbahagi kepada dua iaitu luaran dan dalaman. Kecantikan luaran ialah kecantikan yang dapat dilihat dengan mata kasar manakala kecantikan dalaman ialah keperibadian diri. Akhlak yang baik memperlihatkan kecantikan dalaman seseorang.
No comments:
Post a Comment